Monday, November 20, 2006

Mesej dari Siti Nurhaliza



“Terlebih dahulu, Siti amat terharu kerana diberi penghormatan ini sebagai Duta Jenama falsafah SHINE Pantene Pro-V. Walaupun Pantene memang mempunyai prestasi yang terbukti selama ini, Siti bukanlah pengguna setia Pantene sebelum ini.
Apabila P&G meminta Siti mencuba Pantene, Siti rasa apa salahnya. Lebih-lebih lagi, kerana Pantene memang mempunyai reputasi yang unggul.
Setelah menggunakan Pantene selama beberapa minggu, pendandan rambut Siti memberitahu Siti yang rambut Siti semakin lembut, berseri dan kelihatan lebih menyerlah! Sejak itu, Siti sentiasa menggunakan Pantene kerana ia memenuhi keperluan penjagaan rambut Siti. Rantai ‘shirra’ yang Siti pakai jugalah bukti Pantene sentiasa ada di hati Siti!
Siti rasa Pantene Shine yang baru ini adalah lebih daripada sekadar syampu. Pantene, dengan falsafah SHINE yang baru, memberikan wanita-wanita keyakinan untuk mencapai potensi sebenar mereka dan menjadi yang terbaik! Dengan rambut Siti kini terpelihara dengan lebih baik, Siti boleh lebih berjaya dalam segenap bidang. Pantene telah menyakinkan Siti bahawa rambut Siti akan lebih menyerlah pada saat paling penting dalam hidup Siti. Jadi, untuk wanita-wanita Malaysia yang ingin menyerlah dalam hidup mereka, Siti syorkan rangkaian produk Pantene Pro-V berwajah baru ini.”
Rangkaian Penjagaan Pantene


When she’s beautiful, she’s filled with the “I can” spirit so she FEELS empowered to do more.
Pantene inspires you to shine.
And when you shine, you can.

No comments: